Isnin, 10 November 2008

SPNB RANCANG BAIKPULIH PERUMAHAN TERBENGKALAI DI IJOK, SELANGOR

24 MEI 2007
SPNB RANCANG BAIKPULIH PERUMAHAN TERBENGKALAI DI IJOK, SELANGOR
Berita baik bagi pembeli-pembeli Bandar Alam Perdana, Ijok, Kuala Selangor

SELANGOR, 24 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), telah mula untuk membaikpulih projek Perumahan terbengkalai rumah pangsa kos rendah Bandar Alam Perdana, Ijok, Kuala Selangor.

Majlis Penerangan Dan Menandatangani Surat Akujanji bagi projek tersebut akan diadakan di Stadium Malawati, Seksyen 13, Kompleks Sukan Shah Alam pada 26 Mei 2007 pada jam 9.30 pagi yang akan dihadiri oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Mokhtar Bin Haji Ahmad Dahlan, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor.

SPNB telah diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengambilalih dan membaikpulih pembangunan 2,500 unit rumah pangsa kos rendah yang telah terbengkalai sejak tahun 2003 apabila pemaju terdahulu gagal untuk menyiapkan pembangunan 25 blok rumah pangsa 5 tingkat ini, di mana proses kesiapan hanyalah 20 hingga 40 peratus sahaja.

Di Selangor, SPNB turut membaikpulih projek perumahan terbengkalai Taman Kantan Permai, Kajang yang dijangka akan disiapkan pada Ogos 2007 dimana ia melibatkan pembinaan sebanyak 792 unit rumah teres. SPNB juga telah menerima Sijil Layak Menduduki untuk dua buah projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor iaitu Bandar Pinggiran Subang, Subang dan Taman Desaria, Petaling Jaya.

bersambung………..

-2-

Sehingga sekarang SPNB telah berjaya membaikpulih 14 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan pembinaan 6,650 unit dengan anggaran nilai projek RM211 juta di seluruh negara. Buat masa ini, SPNB sedang membaikpulih 5 buah projek perumahan terbengkalai membabitkan 2,874 unit rumah.

Setakat ini, SPNB telah berjaya membaikpulih dan menyerahkan 11 buah projek perumahan terbengkalai di seluruh negara membabitkan 3,527 unit rumah dengan anggaran nilai projek RM114 juta.

Dalam masa yang sama, atas arahan KPKT, SPNB telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kerja-kerja membaikpulih 54 buah projek perumahan terbengkalai yang melibatkan pembinaan sebanyak 13,245 unit dapat dilaksanakan dengan baik dengan memberikan khidmat nasihat dan pemerhatian tanpa bantuan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, para pembeli rumah projek perumahan terbengkalai yang terbabit boleh menghubung SPNB di talian 03-2052 3895 / 03-2057 3334 pada waktu bekerja.

Mengenai SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. SPNB adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) diwujudkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara

Untuk maklumat lanjut sila layari www.spnb.com.my

-tamat-

Disiarkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komunikasi & Perkhidmatan di talian 03-20573404/ 3437/ 3877/ 019 2363907/013 3074483 atau melalui email di pr@spnb.com.my

Tiada ulasan: