Isnin, 10 November 2008

Kerajaan diminta campur tangan


AKHBAR / NEWSPAPER:BERITA HARIANSEKSYEN / SECTION: BERITA UMUM/LAIN-LAIN
TARIKH / DATE:30-Dec-2004HARI / DAY: KHAMIS
ISU / ISSUE:PERUMAHAN NEGARAMUKA SURAT / PAGE: 3
TAJUK / TITLE: Kerajaan diminta campur tangan


Teks Keratan

KLANG: Lapan pembeli rumah di Alam Perdana, Bukit Cerakah, Jeram meminta
Kerajaan Selangor campur tangan mengatasi kelewatan pemaju menyiapkan
rumah mereka.
Wakil pembeli, Saharom Abdul Aziz, 38, berkata pemaju menjanjikan rumah
itu siap akhir 2002 tetapi sehingga sekarang projek itu terbengkalai.
"Kami menandatangani perjanjian pembelian dengan pemaju pada 18 Januari
2002.
"Mereka berjanji projek itu siap pada akhir tahun berkenaan. Malangnya,
hingga sekarang kami bukan saja belum mendapat kunci malah rumah itu masih
terbengkalai.
"Kami kecewa dan berasa tertipu kerana pada masa menandatangani
perjanjian itu bangunan rumah projek itu 60 peratus siap. Kami amat yakin
ketika itu rumah dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan," katanya di
sini, semalam.
Saharom berkata, mereka pernah bertanyakan perkara itu kepada pemaju
tetapi diberi jaminan masalah itu akan diatasi segera.
"Namun kami tidak nampak usaha pemaju untuk menyiapkan rumah itu.
"Walaupun siap berpagar, kerja akhir terhadap rumah masih tidak
dilakukan dan apabila saya menghubungi pemaju mereka berdolak dalik, malah
tiada kata pemutus bila projek itu siap," katanya sambil menambah pembeli
membayar RM1,000 sebulan untuk rumah berharga RM138,000 itu sejak Mei
2002.
Sementara itu, seorang kerani di pejabat pemaju berkenaan yang hanya
memperkenalkan diri sebagai Zie, berkata, pengurus jualan dan pentadbiran
syarikat yang dikenali sebagai Chew Kok Lian tiada di pejabat dan sentiasa
menghadiri mesyuarat serta bercuti.
Sentral difahamkan itu adalah amalan dan alasan yang sering diberikan
syarikat berkenaan bagi mengelak diburu pembeli.

Tiada ulasan: